Penang Halal : BURN OUT CAFE
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah overall food hunting kali ni kita bagi 8/10! Dah agak lama BURN OUT cafe ni dicanang-canang dalam media sosial esp tiktok. Ramai influencer dah cuba & review cafe ni. Since owner dia memang muslim, Aisya & husband memang tak ragu2 nak cuba sendiri.
Customer service | ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Mula-mula kitorang sampai, kebetulan hujan renyai2. Since kedai makan ni outdoor, depa terpaksa move customer yang tengah makan semua bawah atap. Tapi jadi penuh, but…. waiter diorang banyak kali assure kami. Kejap2 “Jap ya bang, kami terpaksa settle yang di dalam” and then “Sori abang ya, kami carikan meja”. Bila dah dapat meja, cepat je diorang kemas & terus ambik order kami.
So, yes kitorang memang tengah lapar, tapi bila dilayan dengan sangat baik. Kami okay sangat2! Terima kasih sudi layan kami baik2 w/p dalam kekalutan 🥹💕
Food | ⭐️⭐️⭐️⭐️
Menu 1 : Spicy buttermilk pasta with chicken popcorn (RM19.90)
Portion yang banyak & very creamy. Rasa spicy dia ngam dengan kuah buttermilk. Chicken popcorn pun tak kedekut, rangup & banyak!
Cuma dari segi kepekatan kuah kena lebih sikit lagi supaya dapat blend lagi dengan pasta. Next time, boleh cuba lagi mana tahu ada improvement.
Menu 2 : Chicken parmigiana (RM21.90)
Sama jugak portion yang penuh pinggan. Ayam dia besauuuuuu and cheese dia pun tak kedekut. 🤤
Cuma dari segi kuah dia, agak masam & plain sedikit. Mungkin kena adjust sikit lagi kat situ hehe
Menu 3 : Creamy mushroom soup (RM10.00)
Mushroom soup dia banyakkk, serious banyak. 2 kali ganda pizza hut. Rasa soup dia okay la.. mungkin agak plain & manis sedikit bagi saya. Tapi roti dia sedap! Lembut gebu je pastu rasa garlic butter dia ngamm. Berbaloi dengan harga 👍🏻👍🏻
Menu 4 : Raspberry cooler (RM8.90)
Since kami dua tengah cut sugar tapi nak hilangkan dahaga. Aisya & husband nak share je kalau air manis.
This air, memang rasa raspberry dia & manis tu boleh diterima lagi. Yang paling best sebab ada rasa sparkling soda tu yang buat hilang dahaga & muak selepas makan.
Kesimpulannya, Insha Allah kami berminat nak datang lagi untuk try menu lain. Harga dia berbaloi dengan portion yang disaji tapi kena mantapkan sikit lagi rasa makanan. Boleh rujuk link dibawah untuk tengok menu2 yang ada 🌝
Burn Out Cafe
Masa : 6.30 ptg - 12.00 pagi (Selasa cuti)
Alamat : 188, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Contact no : 017-600 4514

Comments
Post a Comment