PENANG HALAL : JERUNG CHAR KUEY TEOW PENANG, Bayan Lepas

Bismillah Assalamualaikum kome!

Okay alhamdulillah kali ni Bunga nak share dengan kome satu kedai makan viral yang Bunga baru discover.

Penang kan memang viral dengan kesedapan Char Kuey Teow depa tapi dekat mana lagi yang best kan?? Satu lagi tempat lepak baru iaitu di JERUNG CHAR KUEY TEOW PENANG. Mungkin ada orang-orang Bayan Lepas yang dah biasa dengar kedai ni.




Okay, seperti yang Bunga dah share, kome boleh tengok kualiti Char Kuey Teow yang disajikan. Nampak padu kan!

Yess!! Memang padu! 

Ini baru Bunga try yang special biasa dulu. Sedap amatt. Portion dia banyak memang kenyang. Udang dia bagi pun banyak untuk harga RM7.50. Memang berbaloi!

Tapi JERUNG CHAR KUEY TEOW bukan biasa2. Depa ada Char Kuey Teow Chicken Chop, Char Kuey Teow Ketam, malah ada Char Kuey Teow Kambingg!! Dengan harga tak sampai pun RM25. Uishh memang pahni Bunga memang nak mai balik.

Lokasi depa pun best sebenarnya. Terletak di atas bukit, agak jauh dari jalan besar jadi udaranya agak nyaman walaupun berada di tepi jalan. Malam2 hampa boleh layan orang busking sambil lepak malam minggu.

Antara menu lain hampa boleh cuba is nasi lemak pelbagai lauk, western food & juga satay. Okay ngam, esok lusa kita pakat mai serbu kedai ni jom! 

Jerung Char Kuey teow

Masa : 5.00pm - 11.00pm (Isnin tutup)

Alamat : Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Contact no : 018-280 0557

Jumpa korang untuk next Penang Halal spot!


#Penangfoodie

#Penanghalal

#halallagidiyakinisuci

Comments

Popular Posts